jom exchange link >.

Sunday, October 3, 2010

sape smoking xleh dpt anugerah.i like!

Perokok tidak akan diberi Anugerah Khidmat Cemerlang

03/10/2010 2:15pm

ALOR SETAR 3 Okt. - Bermula tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah menetapkan hanya warga kerja yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, langkah itu diambil bagi membasmi tabiat merokok di kalangan warga kerja jabatan itu.
"Kita tidak mahu perokok menjadi idola masyarakat. Kita tidak mahu doktor yang sentiasa mengingatkan pesakit tentang bahaya merokok adalah seorang perokok.

"Jadi kita mengambil inisiatif ini supaya mereka (kakitangan kesihatan) mengurangkan pengambilan rokok dan sekali gus berhenti merokok,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Katanya, tabiat merokok tidak baik untuk kesihatan yang merupakan punca kepada pelbagai penyakit termasuk sakit jantung.

Dr. Marzukhi berkata, kini terdapat 13,000 kakitangan di Jabatan Kesihatan Kedah dan daripada jumlah itu, 30 peratus adalah perokok.
"Sejak kita perkenalkan syarat baru untuk anugerah ini, saya dapati sudah ada kakitangan kita yang berhenti merokok dan ada juga yang sudah kurang merokok,” katanya.

Mengenai penutupan lima pusat rekreasi akibat jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis, Dr. Marzukhi berkata, semua pusat rekreasi iaitu Puncak Janing di Kuala Nerang, Lata Bayu (Baling), Bukit Wang (Kubang Pasu), Bukit Perak dan kawasan tasik Pendang Lake Resort (Pendang) masih ditutup dan dipantau.

"Bagi Pendang Lake Resort, kita hanya tutup kawasan tasik sahaja. Semua aktiviti yang tidak melibatkan kawasan tasik, dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata tiada kes baru dilaporkan di kelima-lima pusat rekreasi itu. - BERNAMA
sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

No comments:

attention!!

sebarang cerita@rencana@cereka@cerpen yg disiarkan di dalam blog ini adalah pandangan pemilik blog semata2. tidak ada niat utk menjatuhkan@memalukan sesiapa. hanya sebagai sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca.

sila maklumkan pada pmilik blog jika ingin share maklumat dlm blog ni.*saye xmarah pnya ^^

sekian~