jom exchange link >.

Sunday, October 3, 2010

kesalahan kah?


Mahkamah tolak saman mahasiswa UKM
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman
 pemula empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 mencabar tindakan tatatertib universiti itu ekoran dakwaan
 terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.






















Kesemua pelajar jurusan Sains Politik tersebut adalah Hilman Idham,
 Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chai mencabar
tindakan universiti itu yang mendakwa mereka bawah Seksyen 15(5)(a)
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dengan 
menghalang mereka daripada terlibat dalam aktiviti politik.

Selain menolak permohonan saman tersebut, Hakim Datuk Aziah Ali turut
membuat keputusan membatalkan perintah injuksi sebelum itu yang
menghalang UKM daripada mengambil tindakan
 terhadap mahasiswa terbabit.

Ekoran keputusan itu juga, keempat-empat mereka akan membuat
 rayuan injunksi bagi menghalang UKM meneruskan prosiding tatatertib ke atas mereka.

Hakim bagaimanapun menetapkan tarikh 7 Oktober ini untuk pendegnaran
 penuh injunksi tersebut.

Mereka sebelum ini ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan
 Ampang Pecah berhubung tuduhan menyokong parti politik semasa
 pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mereka kemudian didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan
 menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Bagaimanapun, mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada
 di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik.

Sementara itu, lebih 50 mahasiswa berkumpul di perkarangan
 mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada mereka.
sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

No comments:

attention!!

sebarang cerita@rencana@cereka@cerpen yg disiarkan di dalam blog ini adalah pandangan pemilik blog semata2. tidak ada niat utk menjatuhkan@memalukan sesiapa. hanya sebagai sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca.

sila maklumkan pada pmilik blog jika ingin share maklumat dlm blog ni.*saye xmarah pnya ^^

sekian~