jom exchange link >.

Thursday, October 7, 2010

tips tangani stress

~salam y'll~


sgt bz xsempat update blog ni...
normal la 2 kn bg seorang student cm aku ni...
dekat2 nk abes sem ni la due date esaimen, presentation smua.
xdilupakan jgk exam.. bila nk studynya klu qeja ciapkn esaimen je.


STRESS DOE!!!


kat sini aku nk share tips2 tangani stress...


- BertenangBertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

- Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

- Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stress.

- Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

- Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.

- Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

- Berehat > mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

- Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

- Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

- Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

p/s: klu berangan bermanja ngn suami kira berfikiran positif x?? ngeh3...

credit: info sihat kementerian kesihatan m'sia
sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

No comments:

attention!!

sebarang cerita@rencana@cereka@cerpen yg disiarkan di dalam blog ini adalah pandangan pemilik blog semata2. tidak ada niat utk menjatuhkan@memalukan sesiapa. hanya sebagai sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca.

sila maklumkan pada pmilik blog jika ingin share maklumat dlm blog ni.*saye xmarah pnya ^^

sekian~