jom exchange link >.

Friday, October 1, 2010

pendapat korang diperlukan!!


Ada 3 orang dalam satu bilik. Salah seorang dari 3 orang ni (X) asyik bertanyakan soalan. Tapi soalan tu asyik diajukan pada seorang je(Y), yang seorang lagi(Z) tu tak ditanya langsung. Contohnya, "Y, soalan ni macam mana nak jawab?", "Y, kenapa ujian yang kita buat ni tak boleh dibuat pada waktu tengah hari?" Z tak diendahkan langsung. Sepertinya tak berilmu langsung untuk ditanya. Akhirnya, dia rasa sedih seperti rasa disisihkan kerana tidak pandai.



Apa pendapat anda tentang semua situasi ni?

(a) X tak baik (tak menjaga hati Z)

(b) Y tak baik (tak sedar apa yang berlaku & tak cuba sedarkan X bahawa dia dah kecilkan hati Z)

(c) Z tak baik (sensitive sangat, benda macam ni pun nak terasa & rasa sedih)



(Y) bertanya, "Tadi buat tugasan ni dengan siapa?" Orang yang ditanya(X) menjawab, "Buat dengan 'dia'." Sambil menunding pada orang ke-3 (Z). Tidak langsung menyebut nama Z dengan penuh, sepertinya orang yang ke-3 itu bukanlah siapa-siapa, bukan teman sekelas, bukan teman serumah, ataupun langsung bukan teman walaupun hakikatnya mereka semua kenal rapat. Akhirnya Z rasa sedih sehingga rasa dirinya tidak penting untuk semua orang.



Apa pendapat anda tentang semua situasi ni?

(a) X tak baik (tak menjaga hati Z)

(b) Y tak baik (tak sedar apa yang berlaku & tak cuba sedarkan X bahawa dia dah kecilkan hati Z)

(c) Z tak baik (sensitive sangat, benda macam ni pun nak terasa & rasa sedih)
sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

No comments:

attention!!

sebarang cerita@rencana@cereka@cerpen yg disiarkan di dalam blog ini adalah pandangan pemilik blog semata2. tidak ada niat utk menjatuhkan@memalukan sesiapa. hanya sebagai sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca.

sila maklumkan pada pmilik blog jika ingin share maklumat dlm blog ni.*saye xmarah pnya ^^

sekian~