jom exchange link >.

Sunday, October 3, 2010

tikam teman wanita 36 kali,tergamaknya? huhu

Dipenjara 25 tahun kerana tikam teman wanita 36 kali

30/09/2010 8:08pm


SHAH ALAM 30 Sept. – Seorang penyelenggara barangan elektrik tergamak menikam teman wanitanya sebanyak 36 kali sehingga mati menggunakan sebilah pisau hanya kerana mangsa berhasrat untuk memutuskan hubungan dengannya.

Tertuduh, G. Selvaraaj, 26, bagaimanapun hari ini menerima balasan yang setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu, dua tahun lepas.

Hakim Mohtarudin Baki memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu pada 6 Jan 2008.

Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, tertuduh sangat bernasib baik kerana telah ditawarkan pertuduhan pilihan oleh pihak pendakwaan berbanding dengan tuduhan asal, iaitu bunuh.

Selvaraaj didakwa menyebabkan kematian M. Indra Devi, 22, di sebuah rumah di Taman Sungai Kapar Indah, Kapar, Klang, dekat sini, antara pukul 3.30 dan 4.30 pagi, 6 Januari 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda. – Bernama
sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

No comments:

attention!!

sebarang cerita@rencana@cereka@cerpen yg disiarkan di dalam blog ini adalah pandangan pemilik blog semata2. tidak ada niat utk menjatuhkan@memalukan sesiapa. hanya sebagai sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca.

sila maklumkan pada pmilik blog jika ingin share maklumat dlm blog ni.*saye xmarah pnya ^^

sekian~