lawak SAMdol.. sapa yg tension2 2 baca la ^^
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut? DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
------------------------------------------------------
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
------------------------------------------------------
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
------------------------------------------------------
SAM: Semalam aku nampak hantu! DOL: Uih! kau terkejut tak? SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. DOL: Mana kau tahu? SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
------------------------------------------------------
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? DOL: Gula dah habis! SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
------------------------------------------------------
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini candle light dinner dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------
SAM: Aku ada AIDS? mana ada... DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
------------------------------------------------------
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
------------------------------------------------------
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita. DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard SILA DATANG LAGI
1 comment:
hakhakhak, walaupun talk menjadi mana,. tapi lawaklaaa jugak
Post a Comment