jom exchange link >.

Wednesday, September 21, 2011

Jual Anak

assalamualaikum..



Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 10ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".


Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..


Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".


Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 20ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!


HAHAHAHA ..!!



ps:amek kau! boleh plak runding harga ye...ish3...


*aku copy dr status mmbe aku.credit t alonk. sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

Monday, September 5, 2011

Mengidam ke?

Assalamualaikum..


korang dah cuba ke belom resepi oat cookies tu? senang kan? sedap xpayah cerita. i dah taw u..ahahaha.. sengal =.=" ntah pasaipa xtaw cik iema rasa nak makan roti canai.. tu pon nak cerita kn. kedai mamak belambak. roti susu, roti planta, roti pisang, roti telur, roti sardin, roti tisu, roti panjang, roti pendek.eh.. cik iema xteringin pon semua tu.. cik iema mengidam roti canai home made oleh tgn cik iema ni ha. senang ckp, cik iema teringin nak buat roti canai sendiri. ckap cmtu dr awai kan senang. berbelit2.heh.

malam kemaren dengan semangat yg berkobar-kobar nak buat roti canai, cik iema pon google lah resepi2 yang ada..dapat la resepinya. cey beqangan nak uli malam ni esok pagi nak tebaq roti canai tu, bagi adik2 bawak bekai(bekal) p skolah. berangan ja dlu.doh xjadi g pon..muahaha..

ni resepinya, cik iema pon dah lupa laman web apa..hehehe..sowiii....
1 1/2 cawan tpung
1 sudu susu pekat
1/2 cawan aiq
1bijik teloq
magerin
garam.

tu dia, dah dapat resepi cik iema pon masok dapoq amek baqang2 yg nak guna.. time tu dalam kul 11 lebih dah.semua oqg pon dh tidoq dh.. sebelom tu cik iema ada gtaw kat mak nak buat roti canai ni.mak kaa hang p la berguqu(berguru) dulu. boleh pecaya ka yg dlm tenet tu? cik iema kata oqg len cuba jadi ja roti canai depa. mesti cek buat pon jd gak punya..hehe..lpas uli seqopa melepaskan batok kt tangga batu, cik iema biaq ja doh tu.

tp pagi esoknya, cik iema bangun subuh pastu tidoq balik... kakak terbaekkk punya..haha..cian adik2 cik iema xdapat meqasa roti canai.. tp naseb baek jgk, sbb cik iema pny roti canai jadi tebai semacam saja. cik iema dah cuba tebaq lembut2 tp dia cepat terkoyak la..

buleh la makan, tebai, hangit.tawaq cket ja garam xckup. huhu..tu la mak cik iema dah tegoq swuh p berguqu cik iema ambik mudah.. pagi td cik iema p la umah mak chaq kt sebelah umah. tny kt mak chaq mcm mana makchaq buat roti canai.. mak chaq kata mak chaq xgadoh boh susu, teloq bagai...ckup garam, tepung ngn aiq nak uli dia ja..pastu baqu biaq ngn minyak.. ciap makchaq tolong uli g taw.. bertuah cik iema kan..

makchaq kata biaq dulu, ptg or malam stg boleh tebaq dh..nak tgk x ?? hehe

dapat 9bijik. comey kan? hee

nnt bila dah ciap goreng, cik iema amek gambaq lg ;D

ps: yang buat xjadi tu boleh la makan..
pss: adik cik iema balik sekolah lapaq, abeh dia makan! kecian sungguh..
psss: agak2 pasaipa cobaan yang pertama tu xjadi erk??

tata titi tutu <3 sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

Sunday, September 4, 2011

wah wah wah...oat cookies

assalamualaikum..

well lama gila kot xupdate.. dh lebih 4bulan dh..aku pon sebenarnya musykil blog ni masih wujud ke tidak..muahaha.. well, harap xterlambat ucapkan SELAMAT HARI HARI RAYA TO ALL MUSLIMS! 
nak tgk ganbar raya aku?? xpayah la. cun sangat takot korang termimpi2 lak t. aku xamek gambar pon.. adik aku conquer kamera =.="

well kueh raya kt umah aku banyak lagi..korang la ni xdatang raya. aku saje buat banyak nak bawak balik kampus. ye la aku buat..xpecaya kew? muahaha.. aku buat biskut oat..cedap ouh ala2 Famous Amos cookies gitu . nak jugak...=.="" aku amek resepi kat internet jugak..tp aku lupa dah website mana..so aku x kredit kt sapa2..maaf ye kt tuan punya resepi..

ni aku kasi resepi oat cookies...senang giler, xpecaya cuba le =)

Almond Oat Cookies
1 cawan gula caster
1 cawan butter
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan oat (kisar bg halus cket)
badam (kisar jgk)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh sodium bikarbonat
1 biji telur
chocolate chip (optional)

cara:~
1. mix gula dan butter hinggakembang,tp jgn lama2 sgt.
2. masukkan esen vanilla dan telur. mix lagi.
3. letak mixer korang tu, sekarang pkai spatula pulak. masukkan tepung gandum, oat, badam kisar, sodium bikarbonat. gaul je smpai sebati.
4. masukkan sekali chocolate chip. 
5. sapukan tray korang ngn majerin. cubit sikit doh dan buat bulat mcm bola tu. then penyet la cket.
6. bakar dlm oven 150-160 darjah selsius dalam 10-15 minit dah la. jgn sampai hangit..

selamat mencoba.

*gambar xda.kan aku kata adik aku conquer kamera..huhu..

mcm ni la rupanye nnt *credit incik google

tata titi tutu <3
sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

attention!!

sebarang cerita@rencana@cereka@cerpen yg disiarkan di dalam blog ini adalah pandangan pemilik blog semata2. tidak ada niat utk menjatuhkan@memalukan sesiapa. hanya sebagai sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca.

sila maklumkan pada pmilik blog jika ingin share maklumat dlm blog ni.*saye xmarah pnya ^^

sekian~