jom exchange link >.

Tuesday, January 25, 2011

TAHNIAH ATAS PERKAHWINAN ANDA KALI KE-2.

Nur Husnulkhotimah Bt abd Khair Fahmi
K1B 313, Kolej Tun Hussein Onn,
43600 UKM, Bangi,
Selangor
______________________________________________________
Puan Norain Bt Salleh
10032 Pokok Tampang,
13300 Tasek Gelugor,
Seberang Perai Utara,
PULAU PINANG.

Puan,

TAHNIAH ATAS PERKAHWINAN ANDA KALI KE-2.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Saya selaku anak sulung hasil perkahwinan anda dengan suami terdahulu dengan ini ingin merakamkan ucapan tahniah atas perkahwinan kedua anda. Saya dan adik-adik berharap beliau akan menjadi bapa tiri yang baik kepada kami.

3.    Saya juga ingin pihak puan tahu bahawa saya agak terkilan pada awalnya kerana mengetahui perkara ini dari mulut orang lain sedangkan kita berada di bawah satu bumbung yang sama. Mungkin saya bukan seorang pendengar yang baik tetapi sedikit sebanyak terasa hati apabila orang kampung menyebarkan berita tentang puan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki. Lebih mendukacitakan, pihak puan telah membawa adik-adik saya berkelah dengan pakcik itu dan tidak sedikit pun memberitahu apatah lagi mengajak saya.

4.   Saya juga sedia maklum bahawa saya ini agak degil dan tidak mahu mendengar nasihat. Dan puan sentiasa bersedih kerana saya membalas semula kata-kata puan. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayangkan puan. Saya berasa sangat jauh dengan puan. saya berasa disayangi jika berjauhan, sebaliknya selalu dimarahi jika berada di rumah. Saya juga mendapati puan sudah jarang memasak kerana kerap bergayut di telefon. Puan akan memasak masakan yang istimewa untuk diberikan kepada incik itu. Oleh itu saya bimbang dan tertanya-tanya; bagaimanakah keadaanya nanti jika kami mendapat ayah baru?

5.    Hasil sokongan moral daripada kawan-kawan serta saudara-mara, saya dengan tiga-per-empat hati bersetuju membenarkan puan berkahwin lagi; walaupun persetujuan saya tidak penting untuk diambil kira. Saya ingin puan tahu bahawa puan adalah wanita teristimewa dalam hidup saya yang tidak boleh ditukar ganti dengan sesiapa pun. Saya berharap dengan perkahwinan anda yang kedua ini puan akan lebih bahagia dan dapat mengembalikan keceriaan puan. 

6.   Kerjasama dan perhatian daripada pihak puan saya dahului dengan jutaan kasih dan sayang.

p/s: saya tak mahu adik dah.

Sekian.

Terima Kasih.

Saya yang merinduimu,

            nur iema
(Nur Husnulkhotimah Bt Abd Khair Fahmi)
sila like jika suka ;D www.tips-fb.com

6 comments:

Syazwani Zulkefli said...

sabaq k.
i know you r strong!
proud to have a cousin like you :D

Anonymous said...

alhamdulillah..
menerima adalah salah satu keputusan yang baik.
mungkin ada hikmahnya.
moga yang terbaik untuk semua.

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

bertabahlah..

CRABBY PATTY said...

sabarlah husnul..
mungkin nie yang terbaek for your mum..
moge your family tetap teguh k!

IMA SALSUZAIMA said...

sabar k.. x tau nak cakap apa..pe pun, hidup mesti slalu ceria... :)

IMA SALSUZAIMA said...

sabar k.. x tau nak cakap apa..pe pun, hidup mesti slalu ceria... :)

attention!!

sebarang cerita@rencana@cereka@cerpen yg disiarkan di dalam blog ini adalah pandangan pemilik blog semata2. tidak ada niat utk menjatuhkan@memalukan sesiapa. hanya sebagai sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca.

sila maklumkan pada pmilik blog jika ingin share maklumat dlm blog ni.*saye xmarah pnya ^^

sekian~